Thursday, 4 April 2013

KISAH KITA...


Ku ingin kembali
Saat kau memintaku jujur
Menjadi teristimewa di hatimu...

Ku tolak kasihmu
Tanpa ku menyedari
Hatiku telah kau miliki...

Nafasku bagai terhenti
Dia menyesakkan jiwaku
Yang telah lama hampa...

Lalu kau pergi
Menjauh dari hangatnya pelukan tubuhku
Ku tak bisa memilikimu...

Akhir nafasku ingin bersamamu
Namun takdir kau dan aku berbeza
Hingga akhirnya kita terpisah.

Saturday, 9 March 2013

AWAS!!! WANITA BOLEH TAHU ANDA MENIPU...

nda adalah seorang yang suka menipu wanita??? hati-hati.. sediakan perisai anda bermula sekarang... Walaupun wanita itu dikenali dengan sifatnya yang lemah lembut, tapi ingat...kami pantang ditipu!!! Seorang wanita mampu 'membaca' sifat dan sikap lelaki. Bersedialah bersikap jujur kepada pasangan anda. Jangan sampai perang dingin meletup!!! Wanita mampu mengesan anda sedang menipu kerana:

"Mereka adalah pengesan radar bergerak. Otak waniat mempunyai keupayaan untuk menyatukan kata-kata dengan mentafsir bahasa badan. Jadi wanita tahu jika anda sedang berbohong dan tidak jujur kepadanya"

-Berhati-hati wahai jejaka di luar sana!!!-

STRAWBERI DAN KHASIATNYA KEPADA MANUSIA


Assalammualaikum semua... hari ni Anggun nak kongsikan info mengenai buah strawberi dan khasiatnya kepada tubuh badan kita.. Semua mesti pernah makan strawberi kan? sedap tak???? Anggun yakin setiap individu punyai cara yang tersendiri untuk menikmatinya... Ada yang gemar memakannya bersama dengan yogurt dan menjadikannya jus untuk diminum. Paling popular sekarang ni adalah memakan strawberi dengan mencelupkannya ke dalam coklat. Alaaa....yang macam Datuk K and Datuk Ct buat time diaorang masih kapel dulu2 tu.. hehehehe...romantis tak? Jangan tak tahu, buah strawberi juga antara lambang cinta antara dua insan yang hangat berkasih.
Di sini Anggun nak kongsikan beberapa khasiat buah strawberi kepada tubuh kita. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua... selamat membaca!!! :)

KHASIAT BUAH STRAWBERI

1.  Zat antioksidan yang terdapat di dalam buah strawberi  dapat membantu memperbaiki kerosakan kulit akibat persekitaran yang tidak baik.
2.  Amalan memakan strawberi setiap hari boleh menjadikan kulit halus dan cerah.

3.  Amalkan meminum jus srawberi secawan setiap hari. Kerana ianya membantu mengurangkan risiko pelbagai kanser seperti kanser pangkal rahim, kanser payudara, dan paru-paru.
4.  Mengunyah strawberi setiap hari membantu anda untuk memutihkan gigi. Cubalah...baru tahu keberkesanannya.
5.  Menurukan kadar kolesterol di dalam tubuh.
6.  Jus strawberi boleh mengatasi masalah sembelit.
7.  Masker buah strawberi boleh melambatkan proses penuaan. Jadikannya amalan setiap hari.

"SELAMAT MENCUBA....sharing and caring with love... :)"

Friday, 8 March 2013

SEBARKAN CINTA UNTUK IBU BAPA!!!

Perasaan kasih dan sayang sudah terpatri di dalam jiwa setiap manusia. Perasaan itu pastinya ditujukan untuk insan yang teristimewa di dalam hidup kita.. Kali ni Anggun ingin kongsikan cara menyuburkan perasaan kasih dan sayang kita terhada ibu bapa.
Apa yang pasti, insan yang sentiasa berada di sisi kita kala suka dan duka adalah mereka. Mereka yang mendidik kita sehingga menjadi manusia yang baik dan berjaya.
Kepada setiap anak di luar sana, pasti tips ini mendatangkan manfaat kepada anda....
CIUMLAH MEREKA KETIKA BERSALAMAN.

Mungkin bersalaman dengan ibu bapa merupakan amalan harian yang biasa. Tapi..tahukah anda? salam yang diiringi dengan ciuman di pipi dan pelukan boleh mengembirakan hati ibu bapa anda. Jangan segan untuk mencium mereka tatkala ingin keluar dari rumah walaupun anda dah dewasa!!!


HUBUNGI MEREKA WALAUPUN UNTUK SEMINIT
Jangan biarkan batasan geografi menghalang anda untuk terus menghubungi mereka. Sekadar bertanyakan khabar, itu sudah cukup untuk menghilangkan kerinduan mereka kepada anda.

BERIKAN WANG BELANJA UNTUK MEREKA
Anda jangan sesekali melupakan tanggungjawab untuk memberikan ibu bapa wang belanja setiap bulan. Mereka tidak meminta, tetapi balaslah jasa mereka dengan seikhlasnya.. Saya pasti mereka akan terus mengasihi anda!
JAGA PERASAAN MEREKA SEBELUM TERLEWAT

Hey si anak... jangan sesekali lukakan hati ibu bapa anda!!! hati mereka umpama kaca, mudah pecah dan retak. Awas ia mungkin akan melukai anda juga!! Hati-hati ketika berbicara dengan mereka, jaga tingkah dan lakumu...



BANTULAH MEREKA WALAU SEDIKIT
Peruntukkan waktu hujung minggu anda untuk membantu mereka melakukan kerja-kerja di rumah. Mungkin anda boleh menolong mereka membasuh, mengemas rumah ataupun memasak.. sambil-sambil tu bolehlah mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan yang terjalin kukuh. :)

JANGAN MENDERHAKA KEPADA MEREKA!!
Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu... Oleh itu, jauhilah perkara-perkara yang boleh menyebabkan anda derhaka kepada mereka. Jika ada perselisihan faham, tangganinya dengan rasional dan bijak.

BAWALAH MEREKA BERCUTI
Aturka sebuah percutian keluarga ke tempat kegemaran mereka. Sekali-sekala belanjakanlah wang anda untuk menghiburkan hati mereka.. Percutian ini pastinya memberikan kenangan indah buat anda sekeluarga!!

TEMANI MEREKA KETIKA MEREKA SAKIT
Selalulah membawa mereka menjalani pemeriksaan kesihatan.. Jika mereka sedang terlantar sakit, temanilah mereka selalu. Berikan kemudahan rawatan yang terbaik untuk mereka.. Nyawa mereka tidak dapat diganti dengan wang ringgit tau.... dapat pahala lagi..

RAIKAN HARI BAHAGIA MEREKA
Harus diingat, walaupun mereka dah berusia ini tidka bermakna mereka sudah lupa hari lahir ataupun ulang tahun perkahwinan mereka. Sebagai anak, rebutlah peluang ini untuk memberikan kejutan untuk mereka. Mereka pasti rasa dihargai dan kasih sayang terhadap anda pun bertambah-tambah.. :)

DOA ANDA ADALAH KURNIAAN TERBESAR BUAT MEREKA.
Setiap kali usai mengerjakan solat, berdoalah untuk kesejahteraan mereka. Sesungguhnya doa seorang anak yang soleh dan solehah itu akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t... Saya pasti, mereka juga tidak pernah jemu berdoa untuk anda...


Saya berharap perkongsian ini dapat memberikan input positif kepada anda dan keluarga... SHARING & CARING... with LOVE..:)

Thursday, 7 March 2013

UJIAN PAP SMEAR DAN WANITA...

         Assalammualaikum semua.... hari ni Anggun nak kongsikan satu maklumat yang sangat berguna kepada anda semua. Bulan Januari yang lalu Anggun ada buat ujian Pap Smear. Ianya sangat mudah dan tidak merasakan apa-apa kesakitan. Semua prosedur siap dalam masa 5 minit sahaja... macamana cepat tak??? 

APA ITU UJIAN PAP SMEAR??

"Pap Smear merupakan satu ujian yang juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini akan dilakukan dengan mengambil sedikit sampel tisu dari pangkal serviks dan dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu abnormal yang mungkin berpotensi menjadi kanser"

Haaa...dah tahu kan apa itu Pap Smear?. Sekarang Anggun nak kongsikan pula prosedur Ujian Pap Smear. Hari tu, jururawat yang buat ujian ni kat Anggun, tapi kalau kat klinik2 swasta doktor perubatan yang akan buat prosedur ni....  


1. Mula-mula sekali, doktor akan masukkan spekulum khas   
    ke dalam vagina kita. Macam kat gambar di sebelah..
2. Bila spekulum dah menyentuh pangkal serviks, doktor 
     akan mengambil sampel tisu menggunakan spatula yang 
     mempunyai putik kapas seperti di dalam gambar. Jangan 
     risau tak sakit pun.. rasa ngilu sikit jeee... :)
3. Sampel tisu tu tadi akan disebarkan di atas slaid kaca dan 
     disembur menggunakan alkohol seterusnya dihantar ke 
     makmal ujian untuk diuji oleh ahli pathologi.  
     DAH SIAP!!! 

BILA SAYA KENA MENJALANI UJIAN PAP SMEAR?


Anda seharusnya mengambil ujian ini setelah anda mula melakukan hubungan seks atau sudah mencapai umur 26 tahun.
Ujian ini perlu dilakukan 3 tahun sekali sehingga anda mencapai usia 70 tahun. Alaaaa....ujian ni mengambil masa sekejap je bukannya lama... kena rajin buat ujian ni tau.. untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN SEBELUM MENJALANI UJIAN PAP SMEAR?

Ujian ini tidak boleh dilakukan ketika anda sedang datang haid. Anda juga dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan seks dengan pasangan sebelum menjalani ujian ini. Jangan sembur vagina anda atau menggunakan apa-apa krim. Jika ini berlaku, ianya boleh menyebabkan mengganggu keadaan sampel tisu yang akan diambil. INGAT TAU!!!!

DI MANA SAYA BOLEH MENJALANI UJIAN INI?

Bagi yang masih tidak tahu, ujian ini boleh diambil di mana-mana hospital kerajaan, klinik swasta, dan klinik kesihatan ibu dan anak. Hari tu Anggun buat test ni kat klinik kesihatan ibu dan anak.

KEPUTUSANNYA?

Keputusan ujian ini akan diperolehi lebih kurang 2 minggu lepas ujian dilakukan sebab klinik nak hantar pergi lab lagi... Bila result Anggun keluar hari tu, bukan main happy lagi. Semuanya normal.. 


#Anggun harap perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.. kalau nak tanya apa2 just leave komen k... sharing and caring, with love tau.... :)


SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 8/MAC/2013...


KUALA LUMPUR BIKIN ANDA TERUJA!!!