Thursday, 7 March 2013

UJIAN PAP SMEAR DAN WANITA...

         Assalammualaikum semua.... hari ni Anggun nak kongsikan satu maklumat yang sangat berguna kepada anda semua. Bulan Januari yang lalu Anggun ada buat ujian Pap Smear. Ianya sangat mudah dan tidak merasakan apa-apa kesakitan. Semua prosedur siap dalam masa 5 minit sahaja... macamana cepat tak??? 

APA ITU UJIAN PAP SMEAR??

"Pap Smear merupakan satu ujian yang juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini akan dilakukan dengan mengambil sedikit sampel tisu dari pangkal serviks dan dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu abnormal yang mungkin berpotensi menjadi kanser"

Haaa...dah tahu kan apa itu Pap Smear?. Sekarang Anggun nak kongsikan pula prosedur Ujian Pap Smear. Hari tu, jururawat yang buat ujian ni kat Anggun, tapi kalau kat klinik2 swasta doktor perubatan yang akan buat prosedur ni....  


1. Mula-mula sekali, doktor akan masukkan spekulum khas   
    ke dalam vagina kita. Macam kat gambar di sebelah..
2. Bila spekulum dah menyentuh pangkal serviks, doktor 
     akan mengambil sampel tisu menggunakan spatula yang 
     mempunyai putik kapas seperti di dalam gambar. Jangan 
     risau tak sakit pun.. rasa ngilu sikit jeee... :)
3. Sampel tisu tu tadi akan disebarkan di atas slaid kaca dan 
     disembur menggunakan alkohol seterusnya dihantar ke 
     makmal ujian untuk diuji oleh ahli pathologi.  
     DAH SIAP!!! 

BILA SAYA KENA MENJALANI UJIAN PAP SMEAR?


Anda seharusnya mengambil ujian ini setelah anda mula melakukan hubungan seks atau sudah mencapai umur 26 tahun.
Ujian ini perlu dilakukan 3 tahun sekali sehingga anda mencapai usia 70 tahun. Alaaaa....ujian ni mengambil masa sekejap je bukannya lama... kena rajin buat ujian ni tau.. untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN SEBELUM MENJALANI UJIAN PAP SMEAR?

Ujian ini tidak boleh dilakukan ketika anda sedang datang haid. Anda juga dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan seks dengan pasangan sebelum menjalani ujian ini. Jangan sembur vagina anda atau menggunakan apa-apa krim. Jika ini berlaku, ianya boleh menyebabkan mengganggu keadaan sampel tisu yang akan diambil. INGAT TAU!!!!

DI MANA SAYA BOLEH MENJALANI UJIAN INI?

Bagi yang masih tidak tahu, ujian ini boleh diambil di mana-mana hospital kerajaan, klinik swasta, dan klinik kesihatan ibu dan anak. Hari tu Anggun buat test ni kat klinik kesihatan ibu dan anak.

KEPUTUSANNYA?

Keputusan ujian ini akan diperolehi lebih kurang 2 minggu lepas ujian dilakukan sebab klinik nak hantar pergi lab lagi... Bila result Anggun keluar hari tu, bukan main happy lagi. Semuanya normal.. 


#Anggun harap perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.. kalau nak tanya apa2 just leave komen k... sharing and caring, with love tau.... :)


SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 8/MAC/2013...


KUALA LUMPUR BIKIN ANDA TERUJA!!!


PEPLUM, NOW IN 2013 TREND!!!